Dirakam di Bukit Hulu Langat,Ampang,Selangor.Cuaca pada hari itu mendong,jam 2000 baru dapat merakam sepenuhnya Bandaraya Kuala Lumpur dan Bangunan berkembar Patronas(KLCC).

Added on Sunday, December 27, 2009






Jemputan majlis perkahwinan di Felda Mempaka 3,Bentong,Pahang.
Meriah sungguh majlis ini,aku dapat lihat kemasyarakatnya berkerja sama.Pertama kali aku dihidangan masakan kampong ikan keli lauk pauknya(selalu nasi beriani)...enak sungguh rasa nya.Pelbagai acara diadakan antara mencabut hadiah bertuah kepada ahli kerja rewang,untuk kanak mengambil gula gula yang diberikan oleh pasangan mempelai.

Added on Saturday, December 26, 2009





Sedang anak dan cucu ku bermandian dilaut aku berkesempatan berjalan jalan di pantai sambil mata ini mencari lokasi menarik untuk merakam gambar,aku melihat dihujung pantai yang berbatu,tempat menarik untuk dirakam.Sedang aku menyusuri dicelah batu,aku terpandang kepantai untuk merakam gambar Frame in Frame,setelah aku amati batu ini menyerupai kepala manusia atau Gorila berbaring memerhati kepantai bagai Life Guard(Penyelamat Pantai),terus merakamnya .Berpaling aku memandang kelaut China Selatan yang luas mata memandang aku ternampak sebentuk batu menyerupai sekor kucing sedang duduk berehat,apa lagi lenses kamera aku terus merakamnya.Rakaman gambar ini semasa aku di Tg Balau,Bandar Penawar,Kota Tinggi.


Di Pantai Telok Mahkota,Tg Sedili dengan ombak memutih dan pemain luncur angin yang menwarnai langit yang biru.Keadaan cuaca dan angin yang meniup kencang tidak menizinkan kita untuk bermandian.Ketika ini musim tengkujoh.
Unlabelled

Added on Monday, December 21, 2009

Tag

"Photography is not about taking good or beautiful pictures,it's about knowing how to take pictures you want"
( Kamera bukan lah "magic box "......yang menentukan ialah tangan dan perasaan seseorang dalam menghasilkan gambar yang terbaik.).
"Satu image seribu makna ,Biar kan Potrait berbicara".