Majlis Perkahwinan di Taman Rinting,Johor Baharu,Johor pada 30 Jan 2010.

Added on Sunday, January 31, 2010



Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang esok.

Berita ini dipetik dari MALAYSIAKINI.
Unlabelled

Added on Friday, January 22, 2010







Waktu mentari berlabuhkan diri menjelmanya malam.Bersiar siar pada hujung minggu melepaskan tekanan kerja sepanjang minggu.

Added on Monday, January 18, 2010









Pertandingan Hoki Liga Malaysia (HML)tahun 2010,antara Pasukan TNB vs May Bank telah diadakan di Stadium Hoki Taman Daya,Johor Baharu.Dalam perlawanan ini dimenangi pasukan TNB dengan jaringan gol padang 2-0.Lebih kurang 3000 ribu penonton hadir memyaksikan perlawanan ini,Dato'Ir Mohd Aminnuddin Mohd Amin, Pengurus Besar TNB Negeri Johor,turut serta menyaksikannya.Terima kasih kepada peyokong TNB yang memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Added on Saturday, January 16, 2010






Persiaran Meldrum di waktu pagi,dulu dikenal jalan Meldrum,masa itu ada Pasar malam pada tahun 60/70han.Inilah nadi Bandaraya Johor Baharu agaknya.Semasa aku zaman remaja disini tempat aku bertugas di salah sebuah hotel sebagai Room Service.Dulu tempat ini manusia berulang alik berkerja ke Singapura melalui jalan ini,kesibukan disini bagaikan tiada siang dan malam hingga kehari ini sama saja.



Stesen Keretapi Johor Baharu adalah Bangunan tertua yang akan menjadi sejarah.

Added on Saturday, January 02, 2010






Menjelang tahun baru setiap kali akan diada pertunjukan bunga api,kali ini telah diadakan di kawasan Zon Bebas Cukai Stulang Laut,Johor Baharu.Acara ini memang aku nanti nantikan untuk merakamkanya.Inilah pengalaman aku yang pertama merakamnya.Pertunjukan Bungaapi ini dirakam di persisiran Pantai Kg Senibong,Permas Jaya,Jaraknya jauh lebih kurang 4 kilometer.Disini dikenali tempat menjamu selerapelbagai makanan laut,ramai juga pengunjung dari Singapura datang pada hujung minggu,menjamu makanan laut dengan pemandangan indah Selat Tebrau waktu malam.

Added on Friday, January 01, 2010

Tag

"Photography is not about taking good or beautiful pictures,it's about knowing how to take pictures you want"
( Kamera bukan lah "magic box "......yang menentukan ialah tangan dan perasaan seseorang dalam menghasilkan gambar yang terbaik.).
"Satu image seribu makna ,Biar kan Potrait berbicara".