Kursus Gambar.



Aku telah dicalonkan untuk dihantar kursus asas fotografi oleh pihak penggurusan tempat aku bertugas,pada mulanya aku macam tak berminat maklumlah aku bukan pandai sangat shoot gambar hanya suka suka aje hanya hobi.Atas nasihat kawan aku terima.

Semasa kursus aku rasa boring pula , tengok perserta lain bawa camera DSLR,aku hanya dengan kamera "Ciput aje".

Setelah kursus bermula aku baru tahu selama ni ambil gambar saja tak tahu apa apa pun.Apa tu Shutter,aperture,White Balance,ISO dan Exposure dan bermacam teknik saperti Komposisi lah,Rule of Third dan mengenai Sudut gambar dan bermacam lagi,baru kepala otak ni kata susah juga shoot gambar.

Bila masa tiba assiment ambil gambar rasa seronok pula nak praktik apa yang di ajar.
Selepas membuat persembahan masih lagi tak betul tapi sekurang kurangnya dah fahamlah ambil gambar.

Tak rugi aku menghadiri kursus asas fotografi itu yang di ajar oleh guru yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini.


Keindahan waktu petang di Muara Sg Muar,begitulah kekuasaan Tuhan yang menciptanya untuk umat manusia,menikmatinya,bila senja berlabuh menjelmanya malam.

Gambar setelah menghadiri kursus.From nothing to something.

0 comments:

Post a Comment

Tag

"Photography is not about taking good or beautiful pictures,it's about knowing how to take pictures you want"
( Kamera bukan lah "magic box "......yang menentukan ialah tangan dan perasaan seseorang dalam menghasilkan gambar yang terbaik.).
"Satu image seribu makna ,Biar kan Potrait berbicara".