Majlis perkahwinan Diana berlangsung di Dewan Raya Seri Alam.

Added on Sunday, November 29, 2009

Apa lah mereka berdua fikirkan ya.



Gelagat dan posing cucu ku ini semasa bersiar di Bandar Melaka yang terkenal dengan Bandaraya Bersejarah.Pergi ke tempat sejarah Kota Melaka,melayarai Sg Melaka,Zoo dan Menaiki Menara Taming Sari melihat keindahan Bandaraya Melaka dari atas.Semasa bersiar siar aku dan keluarga dipelawa olih seorang Penarik Beca untuk mengambil gambar,selepas shoot gambar denga beca,famili aku dipaksa menaiki becanya tanpa bayaran katanya,kayuhan tak sampai 10 meter dan beliau meminta bayaran semanyak RM 10,Disini aku mengingat pada Pelancung dan Pengunjung Ke Bandar Hilir berhati hati lah dengan Penarik Beca begini (Selepas itu baru lah Penarek Beca lain memberitahu yang dia itu perangai nya begitu,Selalu mabuk dan ramai orang tak suka naik beca dia ).Aku terkena tipu,berhati hati lah semasa melawat Bandar Hilir........




Burung Kakatua.kecantikan warna bulunya.

Bermadu kasih,hidup bersama.Jangan ganggu ya..

Dah besar pun nak menyusu lagi.


Seladang ini tunjuk kuat giginya.


Harimau Bintang,Garang macam nak makan kita je

Ini lah kali pertama aku melawat Zoo Melaka, begitu luas kawasannya ,penat aku berjalan tapi aku tak lepas peluang shoot gambar gambar binatang.Susah juga ya kerna binatang ni tak pernah duduk diam tapi inilah pengalaman aku dan kesabaran.

Added on Sunday, November 29, 2009







Majlis perkahwinan adik Pn Siti Haizi (Bos Akulah) di adakan Batu Kikir,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Aku dan rakan telah menhadirinya.

Added on Sunday, November 22, 2009




Pada malam ini aku tak dapat memejamkan mata ,jam menunjukan hampir tengah malam,aku mengejut isteri yang sedang terlena tidur dan mempelawa dia berjalan jalan dan merakam gambar di bandar JB.Diperjalanan aku dan isteri asyik mencerita zaman remaja kami.Aku pun menuju ketempat nostalgia pertemuan aku dan dia.Tempat ini menjadi kenagan manis malangnya tempatnya dibangun dengan pembangunan tiada lagi tempat berehat dan gerai makanan kerna pantainya telah menjadi jalan raya.Hanya keindahan pemandangan Selat Tebrau bersama Tambak Johor yang menyambungi Singapuara.Nadi kesenambungan antara dua negara jiran tetangga.Cuaca begitu baik sekali untuk merakam photo. Pemandangan begitu indah dan kesempatan ini aku merakamnya untuk menjadi kenangan abadi untuk generasi akan datang dan anak anak ku.Hanya tinggal kenangan saja.Merakam gambar pada waktu malam begitu sukar sekali perlu mempunyai kesabaran,kemahiran dan teknik,tapi dah hobi pekara sukar dapat diatasi dengan pengalaman dan tunjuk ajar guru dan rakan rakan yang sama minat dalam bidang seni photograpi.

Added on Friday, November 20, 2009


Bangunan Menteri Besar Johor,NusaJaya.Johor


Bangunan Setiausha Kerajaan Negeri Johor (SUK) Nusa Jaya ,Johor

Puteri Harbour,Nusa Jaya,Johor.



Bandar Baru Nusa Jaya adalah tempat Pentadbiran baru Kerajaan Negeri Johor. 6 kilometer dari Bandar Gelang Patah dan 18 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru.Tempat yang menarik untuk dilawat.

Added on Monday, November 16, 2009


Siang dan malam mencari rezeki untuk keperluan keluarga.Sesuatu yang belum menentu hadir ke tidak.Bak kata orang tua tua ,mancari rezeki di laut,sungai dan hutan bentara bagaikan mencari dialam ghaib.Rezeki nya belum menentu,jika menjala tebarkan saja kedalam air jika dapat,dapatlah dan berterusan menebar selagi keringat ada ,begitulah nasib nelayan..

Added on Friday, November 13, 2009


Keheningan pagi di Pantai Tanjung Langsat.


Mentari terbit Nusa Damai Pasir Gudang


Pasir Gudang waktu pagi


MENTARI BERLABOH.


Dirakam DiMuara Sungai Muar sewaktu Sang Suria menghilangkan dirinya.

Added on Saturday, November 07, 2009

Tag

"Photography is not about taking good or beautiful pictures,it's about knowing how to take pictures you want"
( Kamera bukan lah "magic box "......yang menentukan ialah tangan dan perasaan seseorang dalam menghasilkan gambar yang terbaik.).
"Satu image seribu makna ,Biar kan Potrait berbicara".